fbpx
KEADAAN kenderaan yang terlibat dalam kejadian kemalangan maut di Kilometer 24 Jalan Temerloh-Jengka di Maran semalam.

Dua beradik maut MPV bertembung Perodua Axia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MARAN – Dua beradik maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Unser dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta Perodua Axia di Kilometer 24 Jalan Temerloh-Jengka di sini semalam.

Mangsa yang maut dalam kejadian itu ialah Dinie Hanis Noor Azlan Effenddy,23, dan Dinie Nasuha Noor Azlan Effendy,19,.

Ketua Polis Daerah Maran Superintendan Wong Kim Wai berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 7.25 malam itu kereta jenis Perodua Axia dalam perjalanan dari arah Bandar Jengka menghala ke Temerloh.

“Apabila sampai di tempat kejadian sebuah MPV jenis Toyota Unser masuk laluan kereta secara tiba-tiba menyebabkan pemandu kereta Perodua Axia tidak dapat mengelak dan melanggar MPV tersebut.

“Akibat daripada kejadian pemandu dan penumpang MPV meninggal dunia di tempat kejadian manakala kereta mengalami kecederaan parah,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera dirawat di hospital sama.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan giat dilakukan.

Ujarnya, berdasarkan siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila MPV berkenaan cuba memotong sebuah motosikal sebelum bertembung dengan sebuah kereta jenis Perodua Alza. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN