fbpx
KEADAAN kenderaan yang terlibat dalam kejadian kemalangan maut melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 67 Jalan Kuantan-Segamat semalam.

‘Angkara pikap tak lepas memotong’ – Doktor, anak serta pegawai LHDN maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PEKAN – Tiga maut termasuk seorang doktor di Hospital Segamat dan anaknya dalam kejadian kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Kilometer 67 Jalan Kuantan-Segamat di sini semalam.

Mangsa yang maut dalam kemalangan itu ialah pemandu Honda Civic, Doktor Mohamad Zekry Zuhairy Mohd Atan dan anaknya Dhea Sofia Mohamad Zekry Zuhairy,2, yang berada di tempat duduk belakang serta pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard yang juga pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Azaharuddin Mohd Ali,46.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin berkata, kejadian kira-kira pukul 6.50 petang itu melibatkan kereta jenis Honda Civic, kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard dan sebuah trak pikap jenis Isuzu D-max.

Katanya kemalangan berlaku ketika kereta jenis Honda Civic menghala ke Kuantan dan Toyota Alphard berada di belakang arah yang sama manakala trak pikap dari arah bertentangan.

“Apabila sampai di lokasi kejadian dipercayai trak pikap yang bergerak dari arah Kuantan menghala ke Muadzam Shah telah cuba memotong lori dan telah melanggar lopak air lalu hilang kawalan dan memasuki lalulan bertentangan.

“Trak pikap telah bertembung dengan kereta jenis Honda Civic dan MPV jenis Toyota Alphard,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, akibat kejadian, pemandu kereta dan pemandu MPV disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala penumpang kereta jenis Honda Civic meninggal dunia di Klinik Kesihatan Chini di sini.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Pekan untuk bedah siasat manakala empat penumpang kereta dan dua penumpang MPV serta pemandu trak pikap yang mengalami kecederaan dirawat di hospital sama.

Dalam pada itu, katanya siasatan masih giat dilakukan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ujarnya, berdasarkan siasatan awal mendapati lokasi kejadian adalah jalan lurus dan semasa kejadian cuaca mendung selepas hujan dan permukaan jalan basah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN