GUA MUSANG – Penduduk Orang Asli di Pos Pasik di sini berdepan kerugian apabila pokok dan hasil durian serta tanaman mereka dirosakkan sekumpulan gajah liar sejak lebih sebulan lalu. Seorang penduduk, Aznan Siam, 60 berkata, kehadiran kumpulan gajah liar yang kerap berkeliaran di kawasan kampung menyebabkan banyak durian rosak sebelum sempat dikutip. Katanya, keadaan itu menjejaskan pendapatan penduduk yang sebelum ini bergantung kepada hasil jualan durian. “Sudah banyak buah durian hasil tanaman penduduk dirosakkan gajah liar ini sehingga kami tidak…














