fbpx
PENGUAT KUASA MPHTJ menyita pelbagai jenis sayur-sayuran yang dijual oleh peniaga warga asing di Pasar Borong MPHTJ Batu Berendam, Melaka. Foto Ihsan MPHTJ

Warga asing ‘tawan’ pasar borong guna lesen orang tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Isu warga asing mengendalikan perniagaan menggunakan lesen orang tempatan kini dikesan berlaku di Pasar Borong Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Batu Berendam, di sini.

Situasi itu terbongkar selepas serbuan dilakukan penguat kuasa MPHTJ yang mengesan aktiviti perniagaan tanpa lesen, selain penyalahgunaan lesen menerusi kaedah sewa atas sewa.

Yang Dipertua MPHTJ, Datuk Sapiah Haron berkata, hasil operasi, tindakan kompaun dan sitaan telah dilaksanakan mengikut Undang-Undang Kecil Pasar-Pasar MPHTJ 2012.

“Sitaan membabitkan lebih 46 bakul pelbagai jenis sayur-sayuran serta alat penimbang yang digunakan dalam aktiviti perniagaan berkenaan.

PENGUAT KUASA MPHTJ menyita pelbagai jenis sayur-sayuran yang dijual oleh peniaga warga asing di Pasar Borong MPHTJ Batu Berendam, Melaka. Foto Ihsan MPHTJ

“Situasi ini amat membimbangkan kerana ia membolehkan individu yang tidak layak menjalankan perniagaan dan melanggar syarat yang ditetapkan pihak berkuasa tempatan,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Menurut beliau, kebanyakan warga asing diperiksa dalam operasi tersebut merupakan warga Bangladesh, namun pihaknya percaya terdapat penglibatan beberapa individu lain yang telah melarikan diri sebaik menyedari kehadiran penguat kuasa.

“MPHTJ akan terus mempergiatkan pemantauan dan operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan semua aktiviti perniagaan mematuhi peraturan yang ditetapkan.

“Tindakan ini penting bagi mewujudkan persekitaran perniagaan yang teratur, berdaya saing dan adil kepada peniaga tempatan yang mematuhi syarat serta memiliki lesen sah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN