fbpx
WARGA emas dikenakan hukuman penjara 33 tahun dan 14 sebatan selepas mengaku bersalah memperkosa dua cucunya oleh Mahkamah Muar hari ini.

Atok noda cucu dijel 33 tahun, 14 sebatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MUAR – Perbuatan seorang pesara merogol dan amang seksual fizikal terhadap cucu perempuan yang juga dua beradik, menerima balasan apabila Mahkamah Sesyen di sini, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 33 tahun dan 14 sebatan terhadapnya.

Hakim Mohd Khairi Haron menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati dengan pengakuan bersalah dibuat oleh tertuduh berusia 67 tahun yang berhadapan lima pertuduhan kesemuanya.

Mengikut pertuduhan pertama dan keempat, bapa kepada tiga anak didakwa melakukan amang seksual terhadap cucunya berusia 12 tahun ketika kejadian di sebuah rumah di Batu Pahat.

Kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTKK) 2017 yang dibaca bersama Seksyen 16 akta sama.

Peruntukan di bawah Seksyen 14 ialah penjara sehingga 20 tahun dan sebatan manakala Seksyen 16 sebagai tambahan hukuman, penjara sehingga lima tahun dan sebatan tidak kurang dua kali.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, tertuduh didakwa merogol mangsa dengan kejadian itu juga berlaku di rumah sama antara Januari hingga Disember tahun lalu.

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (2) (d) Kanun Keseksaan yang mana boleh dipenjara sehingga 30 tahun atau sebatan bagi setiap pertuduhan dikemukakan terhadapnya.

Pertuduhan kelima pula, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang lagi adik mangsa berusia sembilan tahun dengan kejadian itu juga berlaku di lokasi sama pada tahun lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Ameerah Allaudeen manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Selain hukuman penjara dan sebatan, mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani sesi kaunseling sepanjang tahanan selain pengawasan polis selama tiga tahun sebaik selesai hukuman selari dengan Seksyen 26 dan 27 AKKSTKK. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN