fbpx
GAMBAR tidak bertarikh menunjukkan Lapangan Terbang Antarabangsa Diori Hamani di Niamey. – AGENSI

Serangan di lapangan terbang ragut 35 nyawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NIAMEY – Seramai 35 orang terbunuh selepas kumpulan lelaki bersenjata menyerang lapangan terbang terbesar Niger semalam, kata beberapa pegawai, serangan kedua dalam tempoh kurang lima bulan, demikian menurut stesen penyiaran BBC.

Penduduk negara yang majoriti beragama Islam itu memberitahu BBC bahawa mereka baru saja  selesai solat Subuh apabila letupan dan bunyi tembakan kedengaran dari Lapangan Terbang Antarabangsa Diori Hamani  di ibu negara, Niamey.

Kementerian Pertahanan Niger berkata, mereka yang terbunuh terdiri daripada 22 penyerang, 11 askar dan dua orang awam.

Petang semalam, sekutu Al-Qaeda iaitu  Jama’at Nusrat al-Islam wal-Muslimin (JNIM) mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan itu.

Niger  memerangi pemberontakan kumpulan-kumpulan Islam selama satu dekad dan pada Januari lalu, sebuah organisasi dikaitkan dengan militan  Daesh mengaku bertanggungjawab ke atas serangan di lapangan terbang yang sama.

Keganasan semalam reda menjelang tengah pagi dan pasukan keselamatan  telah melancarkan operasi memburu saki baki penyerang yang tinggal.

Lawalli Tsalha yang tinggal berhampiran lapangan terbang memberitahu BBC: “Kami selesai solat kira-kira pukul 5.50 pagi (waktu tempatan)  dan sejurus selepas itu,  kami mendengar bunyi dentuman kuat seperti ada sesuatu yang meletup.”

“Baru beberapa ketika kemudian barulah kami sedar  apa yang sedang berlaku,” tambahnya.

Pihak berkuasa berkata,  selain 22 penyerang yang terbunuh, empat lagi cedera. Mereka menambah bahawa 20 suspek turut ditangkap.

Sejumlah besar senjata termasuk pelancar RPG-7, raifal AK-47, bahan letupan, bom tangan, peralatan komunikasi dan ribuan butir peluru juga dilaporkan dirampas. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN