fbpx
Poh Yee (tengah) diumumkan sebagai calon PH DUN Mengkibol malam ini.

PRN Johor: Poh Yee calon PH untuk kerusi DUN Mengkibol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLUANG – Chu Poh Yee, malam ini diumumkan sebagai calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mengkibol untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.

Pencalonan anak jati Kluang berusia 33 tahun itu diumumkan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loew Siew Fook dalam Majlis Pengumuman Calon DUN Mengkibol di Jalan Ismail di sini malam ini.

Menurut Anthony Loke, Poh Yee merupakan calon baharu menggantikan Chew Chong Sin yang akan bertanding di kerusi Parlimen Labis pada Pilihan Raya Umum ke-16 nanti.

Poh Yee ketika berucap dalam majis tersebut merakamkan terima kasih kepada pucuk pimpinan DAP kerana memilihnya sebagai calaon baharu di Mengkibol.

“Saya terima amanah ini dengan penuh tanggungjawab kerana saya sedar bahawa pencalonan dalam pilihan raya ini adalah amanah yang sangat besar. Seperti anak muda yang lain saya pernah tinggalkan Kluang untuk melanjutkan pelajaran, bekerja dan membina pengalaman serta melihat dunia,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN