fbpx
Norizam menunjukkan antena tambahan yang dipasang bagi mendapatkan capaian internet lebih baik ketika ditemui di rumahnya di Kampung Parit Jamal, Benut, Pontian semalam.

Nak buat ‘video call’ pun susah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PONTIAN – Lebih 3,000 penduduk sekitar Kampung Parit Jamal, Benut, di sini merayu Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) membina menara telekomunikasi bagi mengatasi masalah capaian internet yang lemah.

Antara kampung lain yang terlibat ialah Kampung Parit Mansor, Kampung Parit Wak Jabir, Kampung Parit Dahlan dan Kampung Parit Yassin.

Penduduk mendakwa golongan pelajar paling terkesan ke­rana berdepan kesukaran setiap kali mahu mendapatkan bahan pembelajaran.

Penduduk Kampung Parit Jamal, Norizam Paiman, 50, berkata, masalah itu sudah lama berlarutan, namun masih gagal diatasi oleh mana-mana pihak.

Katanya, walaupun rumahnya terletak 12 kilometer dari bandar Benut, namun capaian internet lemah seolah-olah berada di pedalaman sehingga menyebabkan anaknya yang berusia 13 dan 17 tahun terpaksa ke bandar atau Simpang Renggam sekiranya memerlukan bahan pembelajaran untuk dimuat turun.

Sementara itu, peniaga, Sufian Samuri, 49, berkata, masalah tersebut turut menjejaskan perniagaan kedai makannya sekiranya pelanggan mahu membuat bayaran menggunakan kod QR.

“Kalau ada internet pun, terlalu perlahan dan bayaran akan diterima dalam masa 10 atau 20 minit, sedangkan kedai makan saya terletak di jalan utama,” katanya.

Sufian turut bersimpati dengan penduduk yang tidak dapat membuat panggilan video kepada anak-anak yang jauh di perantauan.

“Menjelang Pilihan Raya Ne­geri Johor bulan depan, saya amat berharap pihak berkaitan dapat mengetengahkan masalah ini demi kebaikan bersama,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN