fbpx
Anggota polis membawa tertuduh untuk didakwa atas pertuduhan merogol cucunya di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini.

Datuk 79 tahun didakwa ‘noda’ cucu dalam bilik tidur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Seorang warga emas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan merogol cucunya yang berusia 13 tahun termasuk satu tuduhan memasukkan objek ke rongga badan remaja itu di dalam bilik tidur sebuah rumah di Bachok dekat sini.

Tertuduh yang berusia 79 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Mengikut empat pertuduhan, warga emas itu didakwa merogol mangsa berusia 12 tahun lapan bulan hingga 13 tahun sebulan ketika kejadian tanpa kerelaannya di dalam bilik tidur sebuah rumah di Bachok pada 11 Januari, 24 Mac, 9 Mei dan 4 Jun lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 376(2) akta sama.

Lelaki itu turut didakwa atas tuduhan memasukkan objek ke dalam rongga badan mangsa sama yang ketika itu berusia 12 tahun lapan bulan tanpa kerelaannya di lokasi sama pada pukul 1.30 tengah hari, 11 Januari lalu.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Syafiqah Mohamad, manakala tertuduh tidak diwakili peguam..

Mahkamah tidak membenarkan warga emas itu diikat jamin selepas mengambil kira faktor keselamatan mangsa yang merupakan kanak-kanak bawah umur dan menetapkan 19 Julai ini untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN