fbpx
Anthony ketika sidang akhbar di PKFZ, Pulau Indah. Foto oleh AFIQ RAZALI/ KOSMO!

Isu tanah Pelabuhan Pulau Carey sedang diperincikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Projek pembangunan Terminal Ketiga Pelabuhan Klang di Pulau Carey berada di landasan tepat dengan isu tanah kini sedang diperincikan sebelum fasa pembinaan dimulakan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, penyelesaian isu berkenaan membabitkan Kementerian Pengangkutan, Kerajaan Negeri Selangor serta Unit Kerjasama Awam Swasta.

Katanya, projek strategik itu akan dilaksanakan menerusi kerjasama dengan pihak swasta termasuk model penswastaan dan konsesi.

“Memang projek pelabuhan ketiga ini berada dalam keadaan on track dan kita akan laksanakan melalui usaha sama dengan pihak swasta. Sekarang ini, kita sedang berurusan dengan kerajaan Selangor untuk menyelesaikan isu tanah dulu. Selepas itu, memang akan kita mulakan proses untuk pembinaan,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau menyempurnakan pra-pelancaran Wisma Golden Horse, Q Centre @ PKFZ Kuarters Pekerja Berpusat (CLQ), pembukaan Kilang Suntek Materials Sdn. Bhd. serta Kilang Golden Horse Rubber Fasa 2 di Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), Pulau Indah di sini.

Anthony memaklumkan projek itu akan menggunakan model bina-kendali-pindah (Build-Operate-Transfer, BOT) dengan sasaran memulakan projek tersebut pada tahun ini.

“Diharapkan tetapi apa yang penting isu tanah tersebut diselesaikan,” jelasnya.

Sebelum ini, Kerajaan Persekutuan meluluskan pembangunan Terminal Ketiga Pelabuhan Klang di Pulau Carey untuk mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam sektor pelabuhan dan logistik serantau.

Kedalaman semula jadi sedalam 18 meter di persekitaran Pulau Carey adalah sesuai untuk kapal-kapal kargo besar bersaiz ultra. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN