fbpx
Tangkap layar yang dimuat naik oleh @Ngela Angie Ju di laman Threads.

Jiran tampil pertikai kisah silam Noor Azizah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Beberapa pengguna media sosial tampil mempertikaikan dakwaan aktivis Rohingya, Noor Azizah mengenai pengalaman hidupnya di Sabah selepas mendakwa mengenali keluarganya ketika menetap di Sandakan suatu ketika dahulu.

Perkara itu dibangkitkan menerusi satu hantaran Threads yang dimuat naik oleh @Ngela Angie Ju memaparkan tangkap layar beberapa komen individu mendakwa Noor Azizah tidak menjalani kehidupan sebagai gelandangan seperti didakwanya sebelum ini.

Seorang pengguna dikenali sebagai Sis Ju mendakwa dia membesar bersama Noor Azizah di sebuah flat di Sandakan.

“Kami sama-sama membesar di flat Sandakan dulu. Dia membesar dalam rumah flat, tidak seperti yang dia cerita menjadi gelandangan. Sayang dengan mereka satu keluarga sebab kami anggap macam saudara, tapi sakit hati bila dia buruk-burukkan Malaysia,” tulisnya.

Pengguna itu turut mendakwa keluarga Noor Azizah berhijrah ke Australia ketika dia masih kecil selepas tidak memperoleh kerakyatan di Sabah.

Malah, seorang lagi pengguna, RD Syah mendakwa mengenali keluarga Noor Azizah dan menyifatkan mereka menjalani kehidupan yang baik ketika berada di Sabah.

“Okey sahaja hidup mereka. Tak silap mereka berniaga dan bapanya bekerja di Australia ketika itu,” dakwanya.

Dalam masa sama, beberapa pengguna lain turut mendakwa terdapat percanggahan antara kisah yang dikongsikan Noor Azizah dengan pengalaman mereka mengenali keluarga berkenaan.

Terdahulu, ucapan Noor Azizah pada majlis graduasi di Universiti Sydney mencetuskan perdebatan selepas mendakwa komuniti Rohingya terus berdepan diskriminasi dan eksploitasi di beberapa negara Asia Tenggara termasuk Malaysia.

Dia turut membangkitkan isu penahanan di pusat imigresen, ucapan kebencian di media sosial serta pemerdagangan manusia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN