fbpx
KEMALANGAN melibatkan sebuah kereta yang melawan arus dan sebuah lori di Kilometer 54.7 Lebuh Raya Kuala Lumpur - Karak di Bentong malam, semalam.

Pemandu Toyota Camry lawan arus tersepit selepas bertembung lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BENTONG – Dipercayai gara-gara memandu melawan arus seorang lelaki cedera selepas kereta jenis Toyota Camry dipandunya melanggar sebuah lori di Kilometer 54.7 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak di sini, malam semalam.

Berdasarkan video tular menyaksikan kereta berkenaan yang dipandu laju lelaki berusia 50-an itu melawan arus telah melanggar hadapan sebelah kiri lori yang berada di lorong kanan.

Ketua Balai Bomba Bentong, Syed Moshen T. Ismail berkata, bomba yang menerima laporan pada pukul 9.20 telah bergegas ke tempat kejadian.

“Terdapat kemalangan melibatkan sebuah lori jenis Isuzu dengan sebuah kereta jenis Toyota Camry dan terdapat seorang lelaki tersepit di dalam kereta.

“Bomba membuat pemantauan dan mengeluarkan mangsa menggunakan pemotong hidraulik dan unit kuasa,” katanya.

Menurutnya mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian kepala dan kaki kemudiannya diserahkan kepada pihak ambulans untuk rawatan lanjut.

Dalam pada itu katanya, kesesakan teruk yang berpunca daripada tindakan pemandu-pemandu lori berhenti untuk melihat kejadian menghalang kelancaran pergerakan jentera bomba ke lokasi kejadian yang tiba pada pukul 10.03 malam.

Katanya, bomba terpaksa turun dan berjalan sejauh kira-kira 200 meter membawa peralatan menyelamat serta meminta pemandu lori mengalihkan kenderaan masing-masing.

Katanya mangsa berjaya dikeluarkan pada pukul 10.29 malam dan operasi tamat pada pukul 10.56 malam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN