fbpx
AUSTRIA meraikan kemenangan 3-1 ke atas Jordan.

Piala Dunia 2026: Austria tamat kemarau 36 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SAN FRANCISCO – Austria menamatkan penantian selama 36 tahun untuk meraih kemenangan di pentas Piala Dunia apabila menewaskan pendatang baharu, Jordan 3-1 dalam aksi Kumpulan J sebentar tadi.

Kemenangan itu juga menjadi yang pertama buat Austria di kejohanan berprestij tersebut sejak menewaskan Amerika Syarikat 2-1 pada edisi 1990, sekali gus menghidupkan peluang mereka untuk mara ke pusingan seterusnya.

Skuad kendalian Ralf Rangnick terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi rembatan menarik Romano Schmid pada minit ke-21 sebelum Jordan bangkit menyamakan kedudukan sebaik babak kedua bersambung.

Ali Olwan mencetuskan kegembiraan penyokong Jordan apabila meledak gol penyamaan pada minit ke-50 menerusi percubaan lencong yang gagal diselamatkan penjaga gol Austria.

Austria hampir kembali di depan menerusi Marko Arnautovic, namun jaringan bekas penyerang Stoke City dan West Ham United itu dibatalkan selepas semakan Video Bantuan Pengadil (VAR) mendapati berlaku sentuhan tangan dalam gerakan tersebut.

Bagaimanapun, pasukan Eropah itu akhirnya kembali mendahului pada minit ke-76 hasil jaringan sendiri pertahanan Jordan, Yazan Al Arab ketika cuba mengeluarkan bola daripada situasi sepakan sudut.

Jordan yang berada di ranking ke-67 dunia cuba mencari gol penyamaan sekali lagi, namun Austria berjaya bertahan dengan baik sebelum memperoleh sepakan penalti pada masa kecederaan.

Arnautovic tidak mensia-siakan peluang tersebut apabila tenang menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-102 untuk mengesahkan kemenangan 3-1 buat Austria.

Keputusan itu menyaksikan Austria membawa bekalan keyakinan menjelang pertemuan menentang juara bertahan, Argentina, manakala Jordan perlu mencari keputusan positif ke atas Algeria bagi menghidupkan peluang mereka untuk terus bersaing dalam saingan kumpulan. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN