fbpx
FERGUS TIERNEY

Tierney sah milik kelab Cyprus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Bintang muda negara, Fergus Tierney melebarkan sayapnya ke Cyprus apabila diumumkan sebagai pemain baharu PAC Omonoia.

Pengumuman itu menamatkan spekulasi masa depan Tierney yang sebelum ini buat keputusan untuk tidak kekal bersama Sabah FC.

“Kelab ini mengumumkan permulaan kerjasama dengan pemain bola sepak, Fergus Tierney. Pemain antarabangsa Malaysia yang dilahirkan pada 19 Mac 2003 itu mampu beraksi di posisi penyerang utama mahupun penyerang kedua.

“Kami mengalu-alukan kehadiran Tierney ke dalam keluarga besar Omonoia dan mendoakan dia mencapai kejayaan cemerlang bersama pasukan dengan lencana Clover di dada,” menurut kenyataan kelab itu.

Penghijrahan ini menjadi peluang terbaik buat Tierney untuk meningkatkan kualiti permainannya

Ia juga menjadi berita gembira buat peminat tempatan dan mengharapkan perpindahan Tierney mampu memberikan impak positif buat Harimau Malaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN