fbpx
CALETA-CAR (kiri) dan Josko Gvardiol bakal menjadi sandaran benteng pertahanan Croatia untuk mengikat Kane. - AGENSI

Piala Dunia 2026: Croatia ikrar ‘tambat’ penggempur England

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DALLAS – Kelibat penyerang England, Harry Kane menjadi kebimbangan utama buat Croatia menjelang pertemuan kedua-dua pasukan di Stadium Dallas, awal pagi esok.

Pertahanan Croatia, Duje Caleta-Car melabel penyerang sensasi Bayern Munich itu sebagai pakar yang mampu memberikan masalah besar buat pasukan mereka jika tidak dikawal dengan cukup ketat.

“Ketika aksi menentang England di saingan Euro, walaupun dia tidak menjaringkan gol, saya cukup kagum dengan kualiti Kane.

“Pergerakan dan kedudukan Kane ketika berada dalam perlawanan cukup bagus. Anda boleh lihat dia memiliki kepakaran dalam sesuatu perlawanan dan dia tahu apa yang perlu dilakukan dalam setiap situasi,” katanya.

Pastinya, harapan Caleta-Car dan semua rakan sepasukannya ketika ini adalah mahu mengulangi kejayaan Croatia yang mengatasi England 2-1 pada aksi separuh akhir Piala Dunia 2018.

Untuk rekod, Kane sedang menikmati musim penuh gemilang bersama Bayern apabila meledak 66 gol dalam 56 perlawanan dan pastinya prestasi baik itu akan dibawa ke dalam Piala Dunia kali ini.

“Paling penting kami perlu laksanakan idea jurulatih dan apa yang kami lakukan sepanjang tempoh persiapan. Walaupun sukar, kami sudah bersedia dan kami tidak akan beri sebarang ruang kepada pasukan lawan,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN