fbpx
Azalina ketika bercakap pada pemberita selepas Sidang Media Karnival Jelajah Dasar Peluang Kedua Insolvensi di Putrajaya hari ini.

Keperluan wujud undang-undang khusus libatkan Rohingya ambil alih perniagaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Malaysia dilihat memerlukan satu peruntukan undang-undang baharu melibatkan isu pemilikan perniagaan oleh masyarakat Rohingya di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Ohtman Said berkata, ketika ini, Malaysia tidak mempunyai sebarang peruntukan undang-undang yang boleh menghalang masyarakat Rohingya membeli dan mengambil alih perniagaan oleh warga tempatan secara sah.

“Saya tengok isu Rohingya ni dah jadi isu besar terutama kawasan bandar. Bukan saja kita nak cakap pasal Rohingya, tapi daripada segi pekerja-pekerja yang datang dari luar (negara), tetapi yang menjadi masalah besar ialah apabila mereka mengambil alih perniagaan.

“Persoalan sekarang, daripada segi undang undang, tiada undang-undang yang menghalang mereka untuk mengambil alih (perniagaan).

“Pada masa sama ialah soal rakyat Malaysia yang menjual perniagaan kepada mereka. (Isu) ini tidak hanya wujud secara sendiri. Maknanya ada tawaran ataupun galakan yang menyebabkan ada penglibatan (masyarakat Rohingya dalam perniagaan),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kritikan dan kebimbangan rakyat Malaysia terhadap kehadiran masyarakat Rohingya di negara ini termasuk yang menjalankan perniagaan.

Azalina berkata, ketika ini, hanya ada peruntukan undang-undang Imigresen yang boleh dikenakan terhadap warga Rohingya jika mereka melanggar sebarang syarat yang dikenakan terhadap mereka.

“Dia masuk ke negara kita mungkin dia tak boleh ada aktiviti selain daripada fokus (tujuan) yang dia masuk.

“Tapi kalau dia masuk ke negara kita kemudian dia berniaga, itu salah daripada segi permit,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN