fbpx
LILIS itu memuat naik satu hantaran kreatif yang menawarkan perkhidmatan bantuan harian fleksibel. - @lilisviginia

Sukar dapat kerja, wanita tawar khidmat jaga anak, teman ketika sunyi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Di tengah-tengah situasi ekonomi yang mencabar dan persaingan sengit dalam pasaran kerjaya ketika ini, seorang wanitai Indonesia tular di media sosial selepas mengambil langkah berani mencipta peluang pekerjaan buat dirinya sendiri, lapor portal berita wolipop.

Menerusi akaun Instagram peribadinya, @lilisviginia, wanita yang dikenali sebagai Lilis itu memuat naik satu hantaran kreatif yang menawarkan perkhidmatan bantuan harian fleksibel. 

Inisiatif tersebut diwujudkan bagi memenuhi pelbagai keperluan gaya hidup masyarakat urban.

Langkah luar biasa yang diambil Lilis itu merangkumi pelbagai portfolio perkhidmatan yang unik. 

Dia menawarkan bantuan bermula daripada menemani individu yang kesunyian atau tiada rakan untuk bersiar-siar, menjaga bayi pabila ibu bapa memerlukan masa kendiri, sehinggalah kepada urusan seperti mengemas rumah dan membungkus barang.

Inovasi kendiri ini dianggap sebagai bukti nyata bagaimana generasi muda di negara jiran itu kini lebih memilih untuk bersikap proaktif berbanding sekadar menunggu panggilan temu duga kerja yang semakin kompetitif. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN