fbpx
Tangkap layar video yang memaparkan kebolehan seorang wanita warga emas bermain boling.

‘Uwan pun pandai rupanya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Uwan eden (saya) pun pandai main boling rupanya. Siap dengan gaya hayunan sekali!”

Itu seloroh seorang lelaki selepas mengetahui ‘bakat’ terpendam neneknya dalam sukan boling, walaupun sudah berusia dan bertongkat.

Menggunakan profil @Encik Akma Lighting di media sosial, lelaki itu turut berkongsikan video yang memaparkan aksi neneknya menjatuhkan semua pin dengan satu balingan sahaja walaupun pergerakannya terbatas.

“Ingatkan terus baling biasa, sekali tengok macam pemain profesional,” ujarnya lagi.

Perkongsiannya itu meraih perhatian orang ramai yang kagum dengan kebolehan neneknya itu walaupun terpaksa dibantu orang lain.

“Ni la sebabnya aku tak nak bagi nenek aku main boling,” ujar @Inaa_Nana.

“Kau tahu apa. Masa muda dulu selalu lepak boling,” komen @Somesoul.

“Uwan saya pun sama. Padahal dia baling je,” tambah @Hannani. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN