fbpx
Nurul Adlinna optimis produk Bartech Beautee dapat meningkatkan keyakinan wanita dengan penampilan lebih anggun

Bartech Beautee bakal tembusi pasaran Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Dunia kecantikan tempatan terus berkembang dengan kemunculan pelbagai jenama yang mengetengahkan inovasi dan keperluan pengguna moden, antara yang semakin mendapat perhatian ialah Bartech Beautee yang tampil dengan pendekatan tersendiri dalam membantu wanita menjaga kecantikan serta keyakinan diri.

Jenama tersebut dilihat semakin aktif memperkenalkan produk kecantikan yang menepati cita rasa pengguna masa kini, khususnya golongan wanita yang mahukan penjagaan diri secara lebih praktikal, selamat dan berkualiti.

Ketua Pegawai Eksekutif Bartech Empire, Nurul Adlinna Mohammad Bakri, 39, yang lebih dikenali sebagai Kak Lin berkata, selain memberi fokus terhadap kecantikan luaran, Bartech Beautee turut menekankan aspek keyakinan diri dan gaya hidup sihat menerusi rangkaian produk yang dihasilkan mengikut trend serta permintaan semasa pengguna.

“Setiap produk yang diper­kenalkan telah melalui proses ­penyelidikan dan pemilihan bahan secara teliti bagi memastikan ia sesuai digunakan oleh pelbagai lapisan pengguna.

“Wanita hari ini bukan sahaja mencari produk kecantikan yang berkesan, tetapi juga mahu jenama yang memahami keperluan gaya hidup mereka.

Nurul Adlinna bersama Shaharuddin bekerjasama membangunkan empayar perniagaan untuk mengukuhkan jenama produk dan menembusi pasaran antarabangsa.

“Kami mahu tampil sebagai jenama yang dekat dengan pengguna dan memberi pengalaman penjagaan diri yang lebih menyenangkan,” katanya dalam kenyataan yang dike­luarkan di sini baru-baru ini.

Nurul Adlinna memberitahu, Bartech Beautee juga memfokuskan ­penyelesaian kepada isu jeragat yang menjadi masalah kulit wajah pada masa kini.

Dalam masa sama, jenama itu juga dilihat aktif memperkukuhkan pengaruh di platform digital dan media sosial bagi mendekati lebih ramai pengguna, terutama generasi muda yang semakin peka terhadap penjagaan diri dan penampilan.

Pendekatan pemasaran moden dan sokongan komuniti pengguna yang semakin berkembang menjadikan Bartech Beautee antara jenama tempatan yang berpotensi untuk terus berkembang dalam industri kecantikan negara.

Melalui persaingan industri kecantikan yang semakin kompetitif, Bartech Beautee optimis untuk terus memperkenalkan lebih banyak inovasi produk pada masa akan datang sekali gus memperluaskan jenamanya ke pasaran yang lebih besar termasuk di rantau Asia.

Ibu kepada empat cahaya mata itu memberitahu, beliau mendapat inspirasi menghasilkan produk kecantikan tersebut selepas anak sulungnya berdepan pengalaman pahit di sekolah baharu selepas mereka berpindah dari Kajang ke Rawang.

Kata-kata rakan yang mempersoalkan warna kulit anaknya menyebabkan remaja itu berubah menjadi pendiam dan rasa rendah diri.

Keadaan itu membuatkan anaknya mula mencari pelbagai produk kecantikan di media sosial demi mendapatkan kulit yang lebih cerah.

Risau melihat perubahan emosi anak, usahawan ini mengambil inisiatif bekerjasama dengan seorang ahli kimia bagi menghasilkan formulasi produk yang lebih selamat dan sesuai digunakan.

Produk Bartech Beautee sesuai digunakan oleh pelbagai lapisan pengguna tidak kira wanita atau lelaki.

Selepas diuji sendiri, produk tersebut diberikan kepada anaknya sebelum mula mendapat perhatian pelajar dan guru.

Jenama Bartech Beautee yang dilancarkan secara rasmi pada tahun 2023 pantas mencuri perhatian pengguna, khususnya di platform TikTok.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Bartech Empire, Shaharuddin Abdul Karim, 44, me­nerangkan, Bartech Beautee bakal memperkenalkan aplikasi sistem Bartech.AI yang memudahkan pengguna mengimbas kulit wajah secara online melalui laman web mereka.

“Sistem AI ini membantu para pelanggan mengimbas kulit tanpa perlu pergi ke pusat kecantikan.

“Selain menjimatkan masa dan kos, sistem ini juga lebih fleksibel dan efektif bagi membantu pelanggan untuk terus mendapatkan produk kami” ujarnya.

Tambah beliau, Bartech Beautee yang bakal mendapat pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia turut merancang untuk meneroka pasaran Indonesia.

Selain berjaya mengembangkan syarikat, Bartech Beautee turut menerima pengiktirafan dalam Anugerah Bumiputera Bestbrands 2026 kategori Consumer Cosmetics dan Anugerah The BrandLaureate Bumiputera Brandleadership Award Beauty & Cosmetics 2026. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN