PETALING JAYA – Perkongsian video Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Facebook Reels mencuri perhatian ramai apabila netizen lebih tertumpu kepada bahagian lengan bajunya yang kelihatan terkoyak ketika beliau menyampaikan mesej kepada rakyat.
Rata-rata pengguna media sosial tidak melepaskan peluang berseloroh di ruangan komen, malah ada yang cuba meneka punca keadaan tersebut.
“Why (kenapa) Datuk Seri? Tersangkut kat pintu ka?” soal Jannatul Firdaus.
“Tak salah pakai baju koyak. Itu menunjukkan sifat rendah diri, tak pernah sombong. Terbaik DSAI,” kata Radhika Muniandy
Turut mencuri perhatian ialah komen Crystal Len yang berseloroh sambil mendoakan kesejahteraan Perdana Menteri.
“Jangan hati cepat koyak DSAI. Semoga Tuhan memberkati,” tulisnya.
Tinjauan di ruangan komen mendapati kebanyakan netizen mengambil pendekatan santai terhadap perkara itu dengan ada yang menganggap ia sekadar perkara biasa dan tidak menjejaskan mesej yang ingin disampaikan Anwar menerusi video berkenaan. – KOSMO! ONLINE














