fbpx
SEORANG murid perempuan tahun enam yang didakwa mangsa buli meluahkan perasaannya menerusi lukisan dalam diari.

Murid tahun 6 dibuli: JPN tidak kompromi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANGAR – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis memberi kerjasama penuh kepada polis dalam siasatan berhubung insiden di sebuah sekolah yang mengakibatkan kecederaan seorang murid, baru-baru ini.

JPN Perlis memaklumkan pihaknya mengambil perhatian serius kejadian tersebut dan tidak sesekali berkompromi dengan sebarang salah laku buli yang berlaku di sekolah.

Katanya, sesiapa yang didapati bersalah perlu dikenakan tindakan sewajarnya selaras dengan peraturan dan undang-undang yang berkuat kuasa.

“Pihak polis sedang menjalankan siasatan terhadap kes ini. JPN Perlis memberi kerjasama penuh terhadap proses siasatan dan tidak sesekali berkompromi dengan salah laku buli.

“Sesiapa sahaja yang bersalah perlu dikenakan tindakan,” katanya.

JPN Perlis turut memaklumkan pihak sekolah telah diminta memastikan bantuan terbaik diberikan kepada murid berkenaan selain menegaskan kebajikan dan kesejahteraan murid terbabit perlu diberi keutamaan.

Kosmo! hari ini melaporkan impian seorang murid perempuan melanjutkan pelajaran ke MRSM kabur setelah dia disahkan menderita gangguan stres pasca trauma didakwa akibat dibuli.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN