fbpx
Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Indonesia. - GAMBAR IHSAN WISMA PUTRA

Rakyat Malaysia di Jakarta dinasihat elak kawasan demonstrasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Rakyat Malaysia yang berada di Jakarta dinasihatkan supaya mengelakkan kawasan demonstrasi yang berlangsung di beberapa lokasi utama di ibu negara Indonesia itu hari ini bagi mengelakkan sebarang risiko keselamatan dan gangguan perjalanan.

Menerusi satu kenyataan, Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta memaklumkan pihaknya sedang memantau perkembangan semasa berhubung demonstrasi yang diadakan di kawasan Bundaran HI dan Patung Arjuna Wiwaha atau Patung Kuda pada 12 Jun.

Menurutnya, demonstrasi berkenaan dijangka menjejaskan aliran trafik di beberapa jalan utama di Jakarta Pusat dengan antara lokasi terlibat ialah Jalan MH Thamrin, Jalan Jenderal Sudirman dan Jalan Medan Merdeka Barat.

Sehubungan itu, katanya, rakyat Malaysia yang berada di Jakarta atas urusan perniagaan, pelancongan atau lain-lain tujuan diminta merancang pergerakan lebih awal dan sentiasa mengikuti perkembangan semasa melalui saluran rasmi pihak berkuasa tempatan.

“Kedutaan Besar Malaysia menasihatkan warganegara Malaysia yang berkunjung untuk urusan perniagaan, pelancongan dan sebagainya supaya merancang pergerakan dan mengikuti perkembangan semasa melalui pengumuman pihak berkuasa di media tempatan.

“Rakyat Malaysia juga dinasihatkan untuk menghindari lokasi demonstrasi dan tidak melibatkan diri dalam apa jua tindakan yang menyalahi undang-undang tempatan,” katanya.

Kedutaan turut mengingatkan rakyat Malaysia supaya sentiasa berwaspada dan mengutamakan keselamatan diri sepanjang berada di Jakarta.

Tambahnya, mereka yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta menerusi talian +6281380813036.– KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN