fbpx
Tangkap layar video menunjukkan lelaki itu membawa guni berisi wang ke sebuah bank. - TikTok

Lelaki pakai selipar bawa wang seguni ke bank

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang lelaki di Indonesia mengundang perhatian orang ramai apabila membawa seguni wang tunai ke sebuah bank untuk dimasukkan ke dalam akaun simpanannya, lapor portal berita Lambe Turah. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @arka.dwi.ramadani5 menunjukkan lelaki terbabit masuk ke dalam bank lalu mengeluarkan sejumlah wang kertas yang berada di dalam guni tersebut. 

Apa yang menarik perhatian adalah dia hanya berpakaian biasa dan selipar. 

Beberapa sumber memberitahu bahawa wang tersebut merupakan untung perniagaan yang dikumpul dalam masa yang lama. 

Rakaman itu mencatatkan ratusan ribu penonton dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Definisi ‘sultan’ sebenar, tidak perlu memakai pakaian mewah,” kata seorang netizen. 

“Ingatkan bawa barang, rupa-rupanya guni penuh dengan wang,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN