Perpaduan antara kaum merupakan satu daripada aspek penting yang menjadi tunjang kekuatan, bahkan identiti Malaysia itu sendiri. Ia hadir bersama dengan perasaan hormat-menghormati serta toleransi yang kemudiannya diterjemahkan kepada keamanan yang kini dinikmati semua warganya. Banyak aspek menjadi ‘rencah’ kepada perpaduan yang dicapai itu, dengan satu daripadanya yang boleh dikatakan cukup penting adalah sejarah. Sejarah negara yang banyak membentuk jati diri rakyat Malaysia, sejak zaman kemerdekaannya pada 1957 bahkan melangkaui abad-abad terdahulu. Sebut sahaja Kesultanan Melayu Melaka, pasti ia diketahui……














