fbpx
AGUERD dinilai gagal untuk pulih daripada masalah kecederaan menyebabkan dia terpaksa digugurkan daripada skuad Maghribi. - AFP

Piala Dunia 2026: Maghribi berdepan tamparan hebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW JERSEY – Maghribi menerima tamparan hebat menjelang aksi pembukaan Piala Dunia berdepan Brazil apabila kehilangan dua pemain utama akibat kecederaan apabila Nayef Aguerd dan Abde Ezzalzouli terpaksa digugurkan.

Situasi tersebut menyebabkan pengendali pasukan itu, Mohamed Ouahbi membuat keputusan memanggil pemain pertahanan yang berpangkalan di Arab Saudi, Marwane Saadane serta penyerang Amine Sbai sebagai pengganti.

Aguerd, 30 tahun, tidak beraksi sejak awal Mac akibat kecederaan pangkal paha yang, namun proses pemulihan selepas pembedahan terbantut apabila dikesan mengalami keretakan pada tulang pubis.

Ezzalzouli yang berusia 24 tahun pula mengalami kecederaan dalam satu insiden malang ketika perlawanan persahabatan menentang Norway pada hujung minggu lalu menyebabkan dia juga terpaksa disisihkan.

Aguerd dan Ezzalzouli merupakan barisan pemain Maghribi yang mencipta sejarah dengan mara ke separuh akhir pada edisi empat tahun lalu selain membantu negara itu mara ke final Piala Negara-Negara Afrika pada Januari lalu.

Saadane, 34 tahun, membuat penampilan sulung bersama Maghribi pada 2015 tetapi jarang dipanggil sejak itu, sementara Sbai yang berusia 25 tahun dan sering beraksi di posisi sayap kiri memperoleh kaps pertamanya awal bulan ini dalam aksi pemanas badan Piala Dunia menentang Burundi.

Kedua-dua Saadane dan Sbai telah dibawa ke Amerika Syarikat sebagai pemain simpanan dan turut menjalani latihan bersama skuad.

Saadane beraksi sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua ketika Maghribi seri 1-1 dengan Norway pada Ahad, manakala Sbai hanya berada di bangku simpanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN