fbpx
BRAZIL perlu mencatat kemenangan pada aksi pertama menentang Maghribi untuk mengekalkan status mereka selaku calon juara pada edisi kali ini. - AFP

Piala Dunia 2026: Ancelotti tahu pelan terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW JERSEY – Ketua jurulatih Brazil, Carlo Ancelotti berkata, beliau sudah pun mendapat ilham mengenai kesebelasan utama yang akan diturunkan untuk perlawanan pembukaan Piala Dunia menentang Maghribi pagi esok.

Juara dunia lima kali itu menamatkan persiapan terakhir mereka dengan kemenangan 2-1 ke atas Mesir pada perlawanan persahabatan Sabtu lalu di Cleveland.

Ancelotti mendedahkan, beliau sudah mempunyai perancangan jelas terutama melibatkan kesebelasan utama dan strategi permainan ketika Brazil mengimpikan kemenangan pada aksi pertama.

“Saya telah memutuskan kesebelasan utama untuk menentang Maghribi. Sebarang perubahan yang mungkin saya lakukan bergantung kepada beberapa perincian, tetapi idea asasnya sudah jelas,” katanya.

Jurulatih Brazil itu turut memuji gandingan serangan Vinícius Júnior dan Raphinha apabila mengakui kedua-dua pemain menunjukkan persefahaman sekali gus menjadikan jentera serangan mereka lebih efisien.

Menurutnya, pergerakan mereka membantu Brazil mencipta peluang dan memberikan pasukan lebih banyak pilihan ketika menyerang, namun mereka perlu menjangkakan aksi sukar terutama menentang Maghribi yang melakar kejutan pada aksi empat tahun lalu di Qatar.

Sementara itu, walaupun pada awalnya terdapat harapan bahawa bintang sensasi Brazil, Neymar mungkin sempat pulih untuk sekurang-kurangnya berada di bangku simpanan ketika menentang Maghribi, penilaian terkini berubah.

Barisan kejurulatihan Brazil pada dasarnya telah menolak kemungkinan Neymar beraksi dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia menentang Maghribi sebagai langkah berhati-hati untuk memastikan pemain itu benar-benar pulih.

Brazil menyasarkan Neymar kembali beraksi dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan menentang Haiti pada aksi kedua dan ketika ini akan meneruskan latihan secara individu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN