fbpx
SAKA memerlukan pemantau yang rapi untuk mengelak masalah kecederaan berulang ketika kecergasannya belum di tahap terbaik. - AFP

Piala Dunia 2026: England perlu waspada urus Saka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW YORK – Bintang England, Bukayo Saka terpaksa berada dalam fasa pemantauan rapi bagi mengelak pemain itu berdepan masalah kecederaan sebelum saingan Piala Dunia bermula.

Pengurus The Three Lions, Thomas Tuchel mengakui dan tampil menjelaskan bahawa beliau dan barisan kejurulatihan kini harus lebih waspada untuk memastikan Saka kembali menemui tahap terbaik.

Tuchel berpendapat, kehadiran pemain penting pastinya menjadi asas atau pun kunci utama kepada perjuangan pasukan kali ini memandangkan England akan terus dilabel sebagai pencabar kejuaraan.

“Kami masih perlu memberikan perhatian lebih kepada Bukayo yang mengalami kecederaan pada Mac lalu. Di penghujung musim, dia kembali dan tampil dengan cukup baik bersama kelabnya.

“Kami baharu saja kembali menyertai latihan dan semua orang turut serta. Buat masa ini, ia akan diteruskan dan kami sedang membantunya jadi yang terbaik,” katanya.

Saka terlepas beberapa detik penting bersama Arsenal musim lalu ekoran kecederaan achilles namun kembali pulih untuk memainkan peranan penting untuk membantu Arsenal menjuarai Liga Perdana Inggeris.

Saka sudah pun merekodkan 48 penampilan bersama The Three Lions dan berjaya menghasilkan 14 gol sekali gus menjadikannya pemain harapan untuk England mara lebih jauh pada kempen kali ini. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN