fbpx
Keadaan rumah penduduk yang terbakar dalam kejadian di Kampung Gok Kapor, Kota Bharu pada Isnin lalu. Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

Kerajaan Kelantan tanggung kos sewa rumah mangsa kebakaran Gok Kapor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Kerajaan Negeri Kelantan akan menanggung kos sewaan rumah selama tiga bulan kepada 27 keluarga yang terjejas dalam kebakaran di Kampung Gok Kapor, Kota Bharu pada Isnin lalu.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud berkata, kerajaan bersetuju meringankan beban mangsa terlibat sebagai langkah membantu mereka mendapatkan tempat tinggal dan setiap keluarga akan menerima bantuan sewaan sebanyak RM500 sebulan secara serta-merta.

“Kerajaan negeri memahami kesukaran yang dihadapi mangsa kebakaran dan mengambil keputusan untuk membiayai sewaan rumah bagi tempoh permulaan selama tiga bulan. Mangsa bebas untuk menyewa rumah di mana-mana lokasi sesuai, namun perlu berurusan dan menyelaras perkara itu dengan Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu,” katanya selepas Majlis Perasmian Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Chupak di sini hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, sebanyak 29 buah rumah musnah dalam satu kebakaran besar di Kampung Gok Kapor, Kota Bharu pada Isnin lalu dan siasatan awal mendapati kebakaran melibatkan kawasan seluas kira-kira enam ekar dengan tahap kemusnahan berbeza-beza. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN