ARENA sukan badminton negara menyaksikan perkembangan terbaharu yang cukup mengejutkan apabila barisan kejurulatihan mengambil keputusan untuk memisahkan dua beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun. Persatuan Badminton Malaysia (BAM) membuat tindakan berani itu adalah sebahagian daripada perancangan jangka panjang dalam misi memburu pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik pada edisi Los Angeles (LA) 2028. Meskipun mengejutkan ramai pihak, namun penulis percaya, kita perlu memberikan ruang serta waktu kepada ‘eksperimen’ ini untuk membuahkan hasil kerana…














