fbpx
Muhammad Kifli (dua kiri) menunjukkan motosikal yang disita oleh pihaknya pada sidang akhbar Op Extreme di Pejabat JPJ Kuala Lumpur, hari ini.

Jual aksesori ubah suai haram, bengkel bakal berdepan tindakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bakal memperluaskan tindakan penguatkuasaan ke atas kedai aksesori dan alat ganti kenderaan yang menjual komponen bagi perkhidmatan pengubahsuaian haram.

Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, cadangan tersebut sedang diteliti secara menyeluruh sebelum dirujuk kepada Kementerian Pengangkutan untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, langkah itu penting memandangkan penguatkuasaan JPJ tidak seharusnya hanya tertumpu kepada penunggang, sebaliknya melibatkan pihak yang membekalkan komponen yang menyalahi undang-undang.

“Sudah sampai masanya untuk kita (JPJ) melihat keperluan tindakan diambil terhadap bengkel. Jadi kami akan melakukan kajian yang mendalam dalam pelbagai aspek untuk tindakan ke atas bengkel.

“Tunggu pengumuman yang akan dibuat nanti,” katanya pada sidang akhbar Op Extreme, di sini hari ini.

Mengulas mengenai penjualan aksesori dan alat ganti untuk meningkatkan prestasi dan kelajuan motosikal, beliau berkata, pihaknya akan memperkukuh kerjasama dengan beberapa agensi penguat kuasa bagi tujuan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN