fbpx
KEJADIAN gempa menyebabkan seorang lelaki yang sedang mandi lari menyelamatkan diri. - Facebook/Syahril Lihawa

Badan penuh sabun biasa, asalkan selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Insiden cemas bertukar menggelikan hati apabila seorang lelaki pertengahan usia dirakam meluru keluar dari rumahnya dalam keadaan badan dipenuhi buih sabun ketika gempa bumi kuat dirasai di bandar Manado, wilayah Sulawesi Utara, semalam, lapor portal berita Suara Merdeka Pekalongan.

Sulawesi Utara turut dikejutkan oleh gempa bumi kuat bermagnitud 7.8 yang menggegarkan selatan Filipina dan mencetuskan panik serta amaran gempa susulan.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Syahril Lihawa, lelaki itu  dilihat berlari menyelamatkan diri tanpa sempat membilas badannya terlebih dahulu.

“Disebabkan gegaran yang kuat, dia terus meluru keluar dari bilik mandi,” jelas perakam video tersebut.

Kejadian unik itu menarik perhatian warga maya di media sosial yang rata-rata memahami situasi panik tersebut, memandangkan keselamatan nyawa adalah keutamaan paling tinggi dalam situasi kecemasan.

Reaksi spontan lelaki itu menjadi gambaran jelas betapa situasi cemas boleh mendorong tindakan luar kawalan apabila bencana alam melanda secara tiba-tiba. -AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN