fbpx
HARIMAU MALAYA bukanlah satu-satunya skuad yang bergantung pada dana FAM sebaliknya badan induk itu terpaksa menanggung perbelanjaan skuad peringkat umur yang lain.

FAM: Terpaksa peruntuk dana besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mengakui badan induk itu terpaksa memperuntukkan sejumlah dana yang agak besar untuk memenuhi tuntutan perbelanjaan buat pasukan kebangsaan.

Mantan Presiden FAM, Tan Sri Hamidin Mohd Amin menjelaskan pasukan kebangsaan tidak hanya terhad kepada skuad senior Harimau Malaya sebaliknya ia membabitkan pelbagai lapisan umur.

“Perbelanjaan FAM ini paling besar memang skuad kebangsaan. Skuad kebangsaan, anda (kita) kena ingat (bukan setakat) skuad kebangsaan senior lagi, skuad bawah 23 Tahun (B-23), B-19 dan B-17, jadi perbelanjaan memang cukup tinggi.

“Futsal lelaki, futsal perempuan, bola sepak wanita, pelbagai peringkat umur itu semua skuad kebangsaan. Itu yang dimaksudkan, bukan anda bercakap tentang skuad kebangsaan senior.

“Ini kerana cukup saya katakan kalau kita (contohnya) pergi Mongolia, tiket penerbangan dekat RM3,000. Belum lagi (kos) hotel penginapan dengan elaun semua, itu sebab kos minimum pergi pun cecah RM400,000 hingga RM500,000,” katanya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mendapati FAM menggunakan 70 peratus dana untuk pasukan kebangsaan dan pentadbiran manakala hanya baki 30 peratus diberikan kepada pembangunan.

Dalam masa sama, Hamidin yang kini menggalas jawatan Presiden Kehormat juga yakin saranan yang dibuat oleh AFC menerusi laporan audit sebelum ini boleh dijadikan titik tolak kepada kualiti lebih baik dalam pentadbiran FAM.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN