fbpx
TIMBER terpaksa meninggalkan skuad Belanda apabila masalah kecederaannya masih belum pulih. - AFP

Piala Dunia: Belanda terima tamparan saat akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW YORK – Pasukan Belanda menerima tamparan hebat apabila pertahanan Arsenal, Jurrien Timber disahkan terpaksa menarik diri daripada skuad Piala Dunia 2026 akibat kecederaan pangkal paha yang masih belum pulih sepenuhnya.

Persatuan Bola Sepak DiRaja Belanda (KNVB) dalam satu kenyataan mengesahkan pemain berusia 24 tahun itu tidak sempat cergas untuk menyertai kejohanan berkenaan selepas menerima nasihat pasukan perubatan.

“Timber belum pulih sepenuhnya untuk mengambil bahagian dalam kejohanan ini.

“Selepas berbincang dengan pasukan perubatan, keputusan dibuat supaya dia meninggalkan kem latihan skuad kebangsaan selepas aksi persahabatan menentang Uzbekistan,” menurut kenyataan KNVB.

Kehilangan Timber jelas menjejaskan perancangan jurulatih The Oranje, Ronald Koeman yang terpaksa memanggil pertahanan Sunderland, Lutsharel Geertruida bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Timber.

Sementara itu, Belanda menutup aksi pemanas badan Piala Dunia dengan kemenangan 2-1 ke atas Uzbekistan dalam aksi persahabatan tertutup di Stadium Icahn, New York awal pagi semalam.

Penyerang Liverpool, Cody Gakpo muncul wira apabila meledak dua gol untuk menaikkan moral pasukan sebelum menentang Jepun pada aksi pertama Kumpulan F, Ahad ini. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN