fbpx
Gambar hiasan.

48,000 permohonan pendaftaran kewarganegaraan berjaya diselesaikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BATU PAHAT – Kira-kira 48,000 daripada 50,000 permohonan kewarganegaraan berjaya diselesaikan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) sepanjang tempoh tiga tahun.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ia sekali gus berjaya menurunkan angka pendaftaran kewarganegaraan tertunggak kepada 2,000 kes.

Dalam perkembangan lain, Saifuddin berkata, KDN dalam fasa akhir untuk memuktamadkan dasar baharu permohonan kewarganegaraan yang dipercayai akan memberi kesan besar khususnya kepada ibu-ibu rakyat Malaysia.

“Selepas dasar baharu ini dimuktamatkan, mereka tidak perlu bertarung di mahkamah, tak perlu lagi mohon untuk dapat status kewarganegaraan anak,” katanya kepada pemberita ketika hadir dalam Program Citra Negara, Menteri Dalam Negeri: Sekolah Selamat di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Batu Pahat hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN