fbpx

‘Manusia ni, beri sumbangan RM1, mereka nak tahu perkembangan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Demi memuaskan hati khalayak, selebriti versatil Didie Alias menasihatkan pelakon Amyza Aznan agar sentiasa berkongsi perkembangan kesihatan anak keduanya, Adrian Adam yang kini bertarung dengan kanser tulang.

Didie berkata, perkara tersebut adalah bagi menjawab segala kecaman terhadapnya termasuk tuduhan menggunakan wang sumbangan orang ramai untuk tujuan peribadi.

“Saya ada nampak dia menangis tempoh hari ketika terima sumbangan sebab risau tentang kata-kata orang ramai.

“Maksudnya, orang ingin lihat duit yang disumbang itu digunakan untuk tujuan apa, sama ada rawatan dan sebagainya.

“Manusia ini, walaupun beri sumbangan RM1, mereka cuma nak tahu tentang perkembangan,” katanya kepada Kosmo! Online ketika ditemui pada majlis sidang media filem The Real Mamu di sini, semalam.

Dalam pada itu, dia sentiasa yakin Amyza hanya menggunakan wang diinfaqkan untuk kegunaan Adrian yang kini menjalani rawatan di beberapa lokasi.

“Saya tahu Amyza tidak berbelanja pun dengan duit itu, semuanya untuk Adrian. Dia hanya fokus untuk kesembuhan anaknya sahaja ketika ini.

“Tapi bila kongsi dalam media sosial, orang nampak penggunaan duit tersebut.

“Namun, kalau Amyza diam, orang lagi bercakap sebab jari manusia lebih menakutkan,” jelasnya.

Sebelum ini, Amyza mengakui bimbang untuk menerima wang infaq hasil sumbangan orang ramai yang dijalankan oleh pengacara, Datuk Aznil Haji Nawawi baru-baru ini.

Hasil kutipan, Aznil berjaya mengumpul dana sebanyak RM200,000.

Baru-baru ini juga, Amyza turut berkongsi perkembangan kesihatan Adrian yang semakin membimbangkan susulan bengkak pada bahagian kaki semakin membesar dan hampir setiap malam menangis menahan sakit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN