fbpx
GAMBAR fail Julai 1946 menunjukkan pembentukan awan cendawan susulan ujian bom nuklear oleh tentera Amerika Syarikat di Kepulauan Marshall. – AFP

Perbelanjaan senjata nuklear tertinggi, risiko perang melonjak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GENEVA – Perbelanjaan melibatkan senjata nuklear di seluruh dunia melonjak ke paras tertinggi pada 2025 apabila negara-negara kuasa nuklear memindahkan lebih banyak bom dari simpanan ke lapangan, kata pakar-pakar hari ini.

Sembilan negara senjata nuklear bersama-sama membelanjakan hampir AS$119 bilion (RM483.4 bilion)  untuk senjata pemusnah besar-besaran itu tahun lalu, meningkat 19 peratus berbanding  2024, demikian menurut agensi Kempen Antarabangsa Penghapusan Senjata Nuklear(ICAN).

“Perlumbaan senjata nuklear baharu kini berlaku,” kata ICAN dalam amarannya.

ICAN  dan Institut Penyelidikan Keamanan Antarabangsa Stockholm(SIPRI) menyuarakan kebimbangan  terhadap peningkatan risiko perang nuklear ketika  ketegangan geopolitik semakin meruncing.

Peningkatan mendadak perbelanjaan untuk senjata nuklear berlaku ketika negara-negara kuasa nuklear berlumba   untuk memodenkan senjata dan menggunakan lebih banyak stok masing-masing, kata SIPRI dan ICAN.

Laporan SIPRI menyatakan,  bilangan peledak nuklear menurun selama beberapa dekad,  jatuh kepada 12,187 bom pada awal tahun ini, tetapi memberi amaran, bilangan senjata nuklear sedia digunakan pula meningkat kepada 9,745.

“Walaupun kita mempunyai bilangan senjata nuklear yang  lebih rendah, tahap bahaya nuklear dan risiko perang nuklear sebenarnya semakin meningkat,” kata pengarah SIPRI, Karim Haggag kepada AFP.

Dalam pada itu, Washington membelanjakan lebih banyak daripada semua negara lain digabungkan iaitu kira-kira AS$69.2 bilion (RM281 bilion)  untuk senjata nuklear pada 2025, meningkat  AS$12.4 bilion (RM50.3 bilion) dari tahun sebelumnya, kata ICAN.

Di tempat kedua ialah China yang membelanjakan AS$13.5 bilion (RM54.8 bilion)  tahun lalu,  diikuti Britain  sebanyak $12.6 bilion (RM51.1 bilion)  dan Russia sejumlah AS$9.5 bilion (RM38.5 bilion), katanya. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN