fbpx
KANE sedar perlu membantu England menjuarai Piala Dunia kali ini untuk memastikan impian peribadinya menjadi kenyataan. - AFP

Piala Dunia: Kane yakin layak masuk kelompok utama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LOS ANGELES – Penyerang Bayern Munich, Harry Kane percaya dirinya layak berada dalam kelompok calon utama untuk memenangi anugerah Ballon d’Or selepas mengharungi musim luar biasa bersama kelab gergasi Jerman itu.

Sebagai rekod, pemain berusia 32 tahun itu meledak 61 gol dan mencipta tujuh bantuan jaringan dalam 51 penampilan dalam semua pertandingan, sekali gus mengukuhkan statusnya sebagai antara penyerang terbaik dunia ketika ini.

Bagaimanapun, pemain antarabangsa England itu mengakui persaingan untuk merangkul anugerah individu paling berprestij dalam bola sepak itu bukan mudah memandangkan ramai pemain lain turut mempamerkan kualiti luar biasa musim ini.

“Saya pasti akan berada dalam kelompok calon utama. Berdasarkan trofi yang dimenangi musim ini dan jumlah gol yang saya jaringkan, saya fikir saya layak berada dalam senarai tersebut tersebut.

“Jika England berjaya menang Piala Dunia pula, sudah tentu peluang untuk anugerah itu dimiliki pemain England akan menjadi lebih cerah. Namun, keputusan final Liga Juara-Juara (UCL) juga akan memberi impak besar.

“Apabila melihat senarai calon, mungkin rakan sepasukan, Michael Olise, pemain-pemain yang beraksi di final (kelab Arsenal dan PSG) dan juga saya antara pilihan tahun ini,” katanya.

Malah, Kane turut berharap lokasi majlis yang bakal berlangsung di London dapat memberi sedikit tuah buat dirinya.

“Saya ada baca majlis Ballon d’Or itu akan diadakan di London. Mungkin itu petanda yang baik buat saya jika menang di halaman sendiri, ia pasti menjadi sesuatu yang sangat istimewa,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN