fbpx
OPERASI SAR Jaslinda melibatkan keseluruhan 50 individu termasuk malim gunung. Foto JBPM PERAK

Operasi SAR Jaslinda ditamatkan secara rasmi – KP Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) terhadap pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, ditamatkan secara rasmi setelah dia ditemui berhampiran Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh di Tapah petang tadi.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Alwi Zainal Abidin berkata, pihaknya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah kira-kira pukul 4.55 petang menerima maklumat melalui talian MERS 999 bahawa mangsa telah ditemui.

“Mangsa yang hilang semasa mendaki di Gunung Batu Putih di Tapah iaitu Jaslinda Saludin, 49, telah ditemui dalam keadaan selamat oleh seorang penduduk Orang Asli, Nazri Bah Eng dari Kampung Lubuk Gaharu di Pos Musoh.

“Mangsa ditemui dalam keadaan sedar sebelum dibawa ke rumah penemu untuk diberikan bantuan awal dan makanan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, pihak polis telah membuat pengesahan penemuan tersebut dan menguruskan tindakan lanjut termasuk pemeriksaan kesihatan terhadap mangsa.

“Sehubungan itu, operasi SAR yang bermula pada 24 Mei 2026 ditamatkan secara rasmi setelah mangsa berjaya ditemui dengan selamat.

“Pihak Polis Diraja Malaysia Kontinjen Perak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sukarelawan, masyarakat Orang Asli dan orang awam yang telah memberikan kerjasama sepanjang operasi ini berlangsung,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN