KETIKA kebanyakan orang memilih untuk berehat selepas seharian bekerja, suasana di taman rekreasi itu mula dipenuhi derapan langkah kaki. Di bawah cahaya lampu jalan yang samar-samar, seorang lelaki kelihatan tekun mengatur rentak larian. Jam di pergelangan tangannya sesekali dijeling, manakala nafas yang teratur menjadi teman setia sepanjang perjalanan beberapa kilometer itu. Bagi lelaki berusia 38 tahun itu yang hanya memperkenalkan diri sebagai Azmi, malam bukan sekadar waktu untuk melepaskan lelah. Sebaliknya, ia adalah ruang peribadi yang memberinya ketenangan selepas kesibukan……














