fbpx
Ahmad Zahid mencuba simulasi komputer ketika meninjau persiapan Hari TVET Negara 2026, di Putrajaya hari ini.

Pertemuan UMNO-Pas hanya bincang kerjasama berkait kestabilan politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan wujud pertemuan antara wakil UMNO dan Pas malam tadi namun menegaskan ia tidak membabitkan kepimpinan tertinggi kedua-dua parti.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, pertemuan itu lebih menjurus kepada perbincangan mengenai kerjasama dan usaha memastikan kestabilan politik negara terus terpelihara.

“Pertemuan itu bukannya melibatkan sebarang keputusan atau rundingan rasmi di peringkat tertinggi parti. Atas sebab itu, pintu kami sentiasa terbuka bukan hanya untuk mengadakan perbincangan politik tetapi juga perbincangan mengenai agenda nasional yang harus diterjemahkan bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meninjau persiapan Hari TVET Negara 2026, di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung pertemuan wakil parti berkenaan, malam tadi.

Mengulas dakwaan kononnya Pas mengajak UMNO untuk menghidupkan semula Muafakat Nasional, Ahmad Zahid berkata, perkara itu tidak dibincangkan dalam pertemuan berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN