fbpx
PEGUAM, Steven Thiru (depan) yang mewakil DKU dan Setiausaha DKU. Foto oleh NOR SHAFAWATI YUP

Mahkamah Tinggi Seremban halang Sidang Khas DKU, Raja Norazli kekal setiausaha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan injuksi ad interim bagi menghalang Sidang Khas Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan (DKU) diadakan dan mengekalkan kedudukan Raja Norazli Raja Nordin sebagai setiausaha badan itu sehingga kes yang difailkan diputuskan mahkamah.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Roz Mawar Rozain selepas membenarkan permohonan injunksi yang dikemukakan Raja Norazli dan DKU bagi mengekalkan status quo pentadbiran badan itu.

Peguam Steven Thiru serta David Dinesh Mathew yang mewakili Raja Norazli dan DKU ketika dihubungi Kosmo! mengesahkan perkara tersebut.

Pihak peguam berkata, menerusi perintah sementara itu, plaintif sama ada secara langsung atau melalui wakil mereka dilarang memanggil atau mengadakan sebarang mesyuarat DKU termasuk Sidang Khas yang dijadual berlangsung hari ini.

“Mahkamah turut mengarahkan supaya tiada sebarang tindakan diambil untuk menggantung, menyingkir, mengganti atau mengganggu Raja Norazli dalam menjalankan tugasnya sebagai setiausaha DKU.

“Selain itu, tiada jawatankuasa, individu atau badan lain dibenarkan mengambil alih fungsi serta bidang kuasa yang terletak di bawah tanggungjawab setiausaha DKU,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, plaintif turut dilarang membuat atau melaksanakan sebarang keputusan berkaitan pentadbiran, tadbir urus, prosiding dan urusan DKU yang boleh mengubah kedudukan sedia ada sebelum 21 Mei lalu.

Menurut kenyataan itu, injunksi tersebut akan terus berkuat kuasa sehingga mahkamah mendengar dan memutuskan isu bidang kuasa serta kebolehbicaraan kes berkenaan, selain tertakluk kepada sebarang perintah lanjut yang akan dikeluarkan kemudian.

“Perintah mahkamah tersebut secara efektif menghalang sebarang usaha untuk menyingkirkan Raja Norazli sebagai setiausaha DKU, menjalankan urusan badan itu serta mengeluarkan kenyataan media berkaitan perkara yang menyentuh DKU,” katanya.

Dalam prosiding itu, Raja Norazli dan DKU diwakili Steven Thiru bersama David Dinesh Mathew, Shafrin Halim, Gregory Das dan Gurjeevan Singh. Plaintif pula diwakili peguam Awang Armadajaya, Datuk Rhiza Ghazi dan Asmawi Ismail,

Plaintif dalam kes itu ialah bekas Undang Luak Sungai Ujong, Datuk Mubarak Thahak, Undang Luak Jelebu, Datuk Maarof Mat Rashad, Undang Luak Johol, Datuk Muhammed Abdullah, Undang Luak Rembau, Datuk Abdul Rahim Yasin, Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri, dan Shahbandar Sungai Ujong, Datuk Seri Badarudin Abdul Khalid.

Defendan ketiga kerajaan negeri diwakili Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Muzalmah Mustapha Kamal bersama Aala’uddin Baharom. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN