fbpx
Anggota PGA menahan seorang remaja yang dipercayai bekerja dengan sindiket penyeludupan vape selepas menyerbu sebuah rumah di Kampung Kok Pauh, Tumpat, semalam. Foto IHSAN PGA

Remaja 18 tahun ditahan, tak sempat seludup vape ke Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TUMPAT – Seorang remaja lelaki dipercayai penjaga stor ditahan selepas dipercayai terbabit dalam kegiatan menyeludup rokok elektronik atau vape ke Thailand dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Kok Pauh, di sini semalam.

Serbuan yang dijalankan pada pukul 1.30 tengah hari oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) bersama Jabatan Kesihatan Daerah Tumpat itu turut merampas vape dan katrij cecair bernilai RM396,000.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, ketika serbuan, remaja itu berada di hadapan pintu rumah dan pemeriksaan di dalamnya menemukan 2,760 unit rokok elektronik dan 1,200 katrij cecair vape pelbagai perisa.

“Siasatan mendapati, remaja itu bekerja dengan lelaki dikenali sebagai Azam sebagai penjaga stor.

“Suspek juga akan membawa rokok elektronik itu ke Thailand melalui pangkalan haram di sekitar Kampung Serkong, Pengkalan Kubor di sini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ahmad Radzi berkata, kesemua vape itu dipercayai dibeli dari Wangsa Maju, Kuala Lumpur sebelum barangan tersebut dihantar ke Tumpat menggunakan perkhidmatan kurier.

Tambahnya, vape yang dirampas diserahkan kepada Jabatan Kesihatan Daerah Tumpat untuk tindakan di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN