fbpx
KEADAAN jalan raya dekat Wang Kelian yang dibaiki sejak Februari lalu akibat kejadian tanah runtuh.

DUN Perlis: Pagar keselamatan syarat laksana semula ZAB Wang Kelian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANGAR – Kerajaan Negeri Perlis memohon peruntukan daripada Kementerian Ekonomi bagi pembinaan pagar keselamatan di sempadan Wang Kelian sebagai prasyarat sebelum Projek Rintis Zon Aliran Bebas (ZAB) Wang Kelian dapat dilaksanakan semula.

Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah berkata, langkah itu diambil selepas mengambil kira perkembangan semasa serta saranan jabatan dan agensi berkaitan berhubung aspek keselamatan di kawasan sempadan tersebut.

“Mengambil kira perkembangan semasa serta saranan jabatan dan agensi berkaitan berhubung aspek keselamatan, kerajaan negeri telah memohon peruntukan daripada Kementerian Ekonomi bagi pembinaan pagar keselamatan sebagai prasyarat sebelum pelaksanaan semula ZAB Wang Kelian dapat direalisasikan.

“Kerajaan negeri komited untuk memastikan pengoperasian semula sempadan Wang Kelian dilaksanakan secara selamat, teratur dan memberi manfaat kepada ekonomi serta kesejahteraan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Haziq Asyraf (PN-Beseri) mengenai perancangan kerajaan negeri terhadap pengoperasian semula sempadan Wang Kelian pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis di sini hari ini.

Menurut beliau, Projek Rintis ZAB Wang Kelian yang dijadualkan berlangsung dari 12 Disember tahun lalu hingga 31 Mac tahun ini terpaksa ditangguhkan susulan banjir dan runtuhan cerun yang berlaku di kawasan berkenaan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN