fbpx
Gambar hiasan.

Ribut petir landa utara, Pantai Timur malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa kawasan di Semenanjung, Sarawak dan Sabah hingga pukul 7 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, di Semenanjung, kawasan yang dijangka terlibat adalah seluruh Perlis, Kedah (Sik, Baling dan Kulim), Kelantan (Tumpat, Pasir Mas dan Kota Bharu) dan Terengganu (Hulu Terengganu dan Dungun).

“Hujan lebat turut diramal berlaku di Bentong, Temerloh, Maran, Bera, Pekan dan Rompin, Pahang,” katanya.

Di Sarawak, cuaca buruk dijangka turut melanda Kuching (Kuching), Serian, Sibu (Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong) dan Bintulu (Tatau).

Di Sabah, amaran hujan lebat melibatkan kawasan Pedalaman (Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas).

MetMalaysia memaklumkan, amaran hujan lebat dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Jelasnya, amaran tersebut adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN