fbpx
HAMILTON dijangka berdepan kesukaran untuk memburu kejuaraan dunia kelapan ketika jentera Ferrari belum berada pada tahap terbaik. - AFP

F1: Hamilton sudah tidak mampu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MONTE CARLO – Bekas pelumba Formula Satu (F1), Nico Rosberg menganggap Lewis Hamilton sudah tidak berada pada tahap di mana dia mampu untuk memecahkan rekod menjadi juara dunia kali kelapan bersama Ferrari.

Hamilton yang merupakan juara dunia tujuh kali menunjukkan peningkatan ketara pada saingan musim ini selepas menamatkan perlumbaan Grand Prix (GP) Kanada di Litar Gilles Villeneuve minggu lalu di tempat kedua.

Bagaimanapun, Rosberg yang merupakan bekas rakan sepasukannya di Mercedes tidak yakin pelumba Britain itu mampu memecahkan rekod tersebut biarpun dia mahu melihat Hamilton melakukannya.

“Sudah tentu saya mahu melihat dia menjadi juara dunia buat kali kelapan kerana dia memang layak. Saya juga gembira untuk melihat dia menunjukkan perkembangan cukup baik pada saingan musim ini.

“Saya percaya dia akan memenangi sekurang-kurangnya satu perlumbaan tahun ini, tetapi untuk menjadi juara, jentera itu belum cukup bagus. Selain itu, Lewis (Hamilton) juga belum berada pada tahap terbaik,” katanya.

Sementara itu, Rosberg yang pernah menjadi pencabar utama Hamilton dalam perebutan takhta kejuaraan menyifatkan pelumba berusia 41 tahun itu pasti tercabar dengan prestasi dipamerkan Charles Leclerc.

“Walaupun dia merupakan pelumba terbaik tetapi tidak dapat lari daripada bergelut dengan prestasi. Saya tahu dia pasti kecewa kerana sering dikalahkan oleh rakan sepasukan yang lebih muda,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN