LONDON – Deretan pemain bintang yang berada dalam skuad menyaksikan Perancis, England dan Sepanyol muncul tiga pasukan paling mahal di pentas Piala Dunia 2026 apabila masing-masing mengumpul nilai melebihi satu billion.
Berdasarkan perkongsian Transfermarkt, juara edisi 2018, Perancis berada di ranking teratas apabila merekodkan nilai £1.32 bilion (RM7.05 bilion), diikuti England dengan £1.13 bilion (RM6.04 bilion) dan Sepanyol dengan £1.09 billion (RM5.82 bilion).
Anggaran tersebut adalah dibuat secara subjektif dan nilai yang dikeluarkan selepas mengambil kira tempoh kontrak bersama kelab dan peranan seseorang pemain bersama pasukan masing-masing.
Sementara itu, juara bertahan, Argentina yang masih dibarisi oleh Lionel Messi hanya berada di tangga kelapan apabila memiliki anggaran nilai sebanyak £707.76 juta (RM3.78 billion).
Negara bukan Eropah dan Amerika Selatan yang memiliki nilai paling mahal menjadi miliki Ivory Coast yang berada di tempat ke-11 dengan £459.07 juta (RM(RM2.45 billion)
Sementara itu, Jepun yang berjaya mencipta keputusan luar biasa dalam beberapa perlawanan lepas muncul pasukan Asia paling mahal, berada ditempat ke-22 dengan nilai £241.16 juta (RM1.287 billion) manakala Jordan yang bakal melakukan debut berada di tangga tercorot.
Tuan rumah, Amerika Syarikat berada di tangga ke-18 dengan anggaran nilai £327.03 juta (RM1.745 billion), Kanada di tempat ke-26 dengan £175.58 juta (RM937 juta), manakala Mexico ke-27, merekodkan nilai £168.27 juta (RM898 juta). – AGENSI














