fbpx
LETUPAN tong gas memasak mengakibatkan kerosakan serius pada bahagian bumbung rumah serta struktur lain. - Foto Ihsan JBPM Melaka.

Tong gas memasak meletup, lelaki melecur separuh badan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR GAJAH – Seorang lelaki melecur hampir 50 peratus pada bahagian anggota badan selepas gas petroleum cecair (LPG) di kediamannya meletup secara tiba-tiba di Taman Baiduri, Kuala Ina di sini, pagi tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Timbalan Penguasa Bomba II Mohd. Hafidzatullah Rashid berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 10.26 pagi.

“Setiba di lokasi seorang mangsa lelaki dikenali sebagai Mohamad Edham Zul, 29, diberikan rawatan awal oleh Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan sebelum dihantar ke Hospital Tampin, Negeri Sembilan oleh pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk rawatan lanjut,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, pihaknya difahamkan kejadian berlaku selepas mangsa yang baru pulang dari kampung di Pahang menyedari bunyi mencurigakan dari bahagian dapur rumah disewanya.

“Mangsa kemudian cuba memeriksa keadaan sebelum tong gas memasak itu meletup secara tiba-tiba menyebabkan dia melecur. Letupan turut mengakibatkan bumbung rumah rosak selain pintu dan tingkap turut terjejas akibat tekanan letupan, manakala kesan jelaga serta haba turut ditemui di sekitar kawasan dapur,” ujarnya.

Katanya, kejadian disyaki berpunca daripada kebocoran gas LPG yang terkumpul di dalam rumah sebelum ia meletup, namun siasatan lanjut masih dijalankan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN