fbpx
PIMPINAN Pakatan Harapan di negeri ini mengadakan mesyuarat khas di kediaman rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan di Seremban pagi ini.

Mesyuarat khas di rumah MB N. Sembilan cetus tanda tanya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Pimpinan Pakatan Harapan (PH) di negeri ini mengadakan mesyuarat khas di kediaman rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan, di sini, pagi ini.

Beberapa pemimpin parti komponen PH juga kelihatan turut hadir di lokasi kediaman Datuk Seri Aminuddin Harun yang juga Pengerusi PH Negeri Sembilan.

Bagaimanapun butiran lanjut mengenai mesyuarat khas tersebut masih menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pengamal media yang sudah berada di lokasi sejak pukul 9.30 pagi tadi.

Mesyuarat itu akan dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PH, namun beberapa ADUN difahamkan masih belum hadir ke lokasi mesyuarat sehingga pukul 10.45 pagi tadi.

Sementara itu, Setiausaha Akhbar Menteri Besar Negeri Sembilan, Ahmad Shahir Mohd. Shah memaklumkan tiada sidang akhbar berkaitan akan dibuat hari ini.

Bagaimanapun menurutnya, Menteri Besar sebagaimana kelaziman akan menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir esok sebelum Mesyuarat Majlis Kerajaan (MMK) Negeri Sembilan diadakan.

Semalam, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mengumumkan pembubaran DUN negeri itu bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN