Penyelidik Korea Selatan berjaya membangunkan teknologi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) bagi meningkatkan keselamatan pejalan kaki di persimpangan jalan sekali gus membuka lembaran baharu dalam sistem keselamatan lalu lintas masa depan. Teknologi itu dapat menghantar isyarat amaran kepada pemandu sekitar tiga saat untuk memperlahankan kenderaan sebelum pejalan kaki mula melangkah masuk ke jalan raya. Ia mengeluarkan amaran antaranya dengan nyalaan lampu LED pada lampu isyarat, papan tanda mesej digital serta bunyi siren yang kuat. Inisiatif yang dibangunkan oleh Institut Penyelidikan……














