USAHA Korea Selatan membangunkan kapal selam berkuasa nuklear pertama negara itu menerusi projek dikenali sebagai Chang Bogo N kini menjadi salah satu perkembangan teknologi pertahanan paling mendapat perhatian di dunia. Projek tersebut diumumkan secara rasmi oleh Kementerian Pertahanan Korea Selatan pada tahun ini dengan sasaran melancarkan kapal selam pertama menjelang pertengahan tahun 2030-an. Menurut kenyataan oleh Menteri Pertahanan Korea Selatan, Ahn Gyu-back kepada media antarabangsa, pencapaian itu menandakan Seoul sudah memasuki kelompok kecil negara yang memiliki teknologi kapal selam nuklear.……














